Teman Celoteh

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Kenapa Ibu Bapa Marah Kita???




As'salam semua...lama tak berblogging ni...ok lah...kali ni zack nak cakap sikit tentang "Kenapa Ibu Bapa Marah Kita"...

Salah satu sebab yang paling zack nak kupaskan ialah...sebab kita ni suka melawan cakap...mana tak marah kan kalau anak yang dari kecil dijaga,ditimang,ditatang bagai minyak yang penuh masa kecil...bila dah besar melawan cakap...

Sebagai anak sepatutnya kita hormat pada ibu bapa kita...masih nak menyangkalkan kata ibu bapa yang tak sebenarnya tak memahami anak-anak???

Ok...meh kita fikirkan sebentar...

Anda ada anak saudara yang masih kecil???
Ada sayang dia???
Selalu jaga dia...makan minum semua anda yang uruskan???

Atau...

Anda ada adik kesayangan???

Ok...cuba fikir balik...
Bagaimana kalau anak saudara atau adik anda yang sayang sejak dari kecil...
Tiba-tiba anda suruh buat sesuatu perkara...dia menengking anda semula...
Padahal dia masih kecil dan tidak dapa berfikir lagi...
Apa yang ada rasa???

Dan bayangkanlah anda sebagai seorang anak yang dah besar dan boleh berfikir...ibu bapa anda suruh melakukan sesuatu tiba-tiba anda marah...dan anda menghempas sesuatu...atau melawan...dan lebih teruk lagi anda  memarahi ibu bapa dengan kata-kata yang kurang enak...

Bayangkanlah perasaan mereka...ibu yang melahirkan kita...bapa yang memberikan segalanya...
bagaimana rasa hati mereka apabila anak kesayangan melawan kata...

Pasti mereka terluka dan memarahi kita kerana sikap kita yang tidak mengetahui betapa mereka menyayangi
kita...

Jadi kalau ibu bapa suruh buat sesuatu yang baik selagi tidak menyalahi hukum dalam Islam...laksanakanlah...

Andai ada rasa keberatan...usah menunjukkan rasa kurang selesa...sebaliknya terangkan secara baik...
Ibu bapa pasti dapat menerima...kerana mereka sayangkan kita...



*SENYUMLAH KEPADA SEMUA...BERBAKTILAH KEPADA IBU BAPA...

Tuesday, October 30, 2012

Dosa Meninggalkan Solat

As'salam semua...semasa melayari internet di ruang muka buku...Zack terlihat post yang dikongsikan tentang dosa meninggalkan solat...

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun...

Zohor:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam...

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah...

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri...

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumi Kuu dan menggunakan nikmat-nikmat Ku...segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur, adalah berdosa kepada Allah...



Jadi marilah sama-sama kita tinggkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t dalam menunaikan kewajipan sebagai hamba-hambaNya...




JOM SOLAT... ^_^


Monday, October 29, 2012

Doa Seorang Lelaki Untuk Perempuan Yang Di Sayangi


As'salam semua...


Ya ALLAH… Aku berdoa untuk seorang perempuan, yang akan menjadi bahagian dari hidupku...
Seorang yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu...
Seorang perempuan yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau...
Seorang perempuan yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Wajah cantik dan daya tarikan luarannya tidaklah penting....
Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai ENGKAU...

Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang perempuan yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang perempuan yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang yang mencintaiku bukan karena fizikalku tetapi kerana hatiku.
Seorang perempuan yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi...

Aku tidak meminta seorang yang sempurna, Namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimata-MU.
Seorang perempuan yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang perempuan yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta...
Buatlah aku menjadi seorang laki-laki yang dapat membuat perempuan itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku.
Berilah aku “tangan-MU” sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku “mata-MU” sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku “mulut-MU” yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari.
Berikanlah aku “bibir-MU” dan aku akan tersenyum padanya setiap pagi.

Dan apabila akhirnya kami bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan “betapa besarnya ALLAH itu, kerana ENGKAU telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”.
Aku mengetahui bahwa ENGKAU menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan ENGKAU akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, October 16, 2012

Kisah Antara Ikan dan Joran

As'salam semua...kali ni Zack nak berceloteh Kisah Antara Ikan dan Joran...

Kisahnya begini...

Pada masa dahulu ada dua orang beradik yang tinggal bersama...
Si adik bersikap agak malas dan pentingkan diri...kerana setiap kali pergi ke hutan untuk memburu bersama-sama...si abang bersusah-payah memasangkan perangkap...si adik cuma akan menantikan haiwan yang masuk perangkap dan mendapatkannya...

Walaupun si abang yang bersusah-payah...namun si adik yang akan mendapatkan hasilnya...si adik akan mendapatkan hasil yg lebih dari si abang...si adik hanya akan mementingkan diri...

Pada suatu hari mereka keluar seperti biasa memburu ke hutan...namun mereka tidak menangkap sebarang hasil...si adik mula merungut dan terus terbaring kerana malas mahu meneruskan pemburuan mereka...tapi bagi si abang...dia perlu meneruskan pemburuan untuk mengisi perut yang lapar...

Si abang pun terus berjalan dan terjumpa sebatang sungai...lalu si abang pun memanggil si adik...si adik pun datang dan bertanyakan kepada si abang apa yg terjadi...maka si abang menunjukkan ke arah sungai yang dipenuhi dengan ikan...namun mereka tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan ikan tersebut...

Tanpa mereka duga...muncul pari-pari...si pari-pari bertanyakan kepada mereka samada mahukan ikan tersebut atau joran...tapi mereka tidak boleh berkongsi apa yang meraka pilih...

si adik memilih mahukan ikan-ikan tersebut...dalam fikiran si adik...selepas dia dapat ikan-ikan itu..dia akan menghabiskan kesemuanya...



Namun si abang memilih untuk mendapatkan joran...




Selepas mereka membuat pilihan...mereka masing-masing beredar...si adik terus pulang ke rumah memakan ikan-ikan tersebut...si abang pula terus memancing untuk mendapatkan ikan...apabila pulang ke rumah...si adik hanya mentertawakan si abang kerana ikan yang dipancing si abang hanya beberapa ekor...kata si adik betapa ruginya si abang kerana tidak memilih ikan-ikan yang diberikan oleh pari-pari...Namun si abang hanya mendiamkan diri..dan terus memancing dari hari ke hari...

Setelah beberapa hari berlalu ikan si adik semakin kurang...si adik tidak perasan ikan-ikannya semakin berkurangan sehinggalah tiada seekor ikan pun yang tinggal...si adik mula rasa sedih...dan mula merasa menyesal...

Namun si abang pula...ikan-ikan yang dipancingnya semakin hari semakin bertambah...sehingga mampu membuat kolam dan menternak ikan-ikan tersebut dan semakin bertambah-tambahlah ikan-ikannya...begitulah ceritanya...


*Jadi apa Zack harap geng semua faham apa yang Zack cuba sampaikan...kalau anda pula...yang mana satu anda akan pilih Antara Ikan dan Joran??? 





Wednesday, October 10, 2012

Andainya Dirimu Kebosanan

As'salam semua...terima kasih kepada yang sudi bertandang ke blog Zack tambahan pula yang jadi follower...maaf sebab Zack tak follow balik...tapi nanti kejap lagi Zack akan follow balik semua yang dah follow Zack tu yee...berapa banyak perkataan 'follow' daa...hehehe...




Ok laa geng semua...celoteh diberi tajuk 'Andai Dirimua Kebosanan' kerana ramai yang bila Zack tanya apa-apa...mereka akan kata..."boring"..."bosan"..."tak tau nak buat apa"...itulah yang sering kita dengar...


Anda Kebosanan???
-Lihatlah persekitaran anda...anda ada dimana??? dibilik??? Kemas laa bilik anda supaya lebih kemas...bilik yang dah kemas...anda cantikkan...bilik yang dah cantik...anda meriahkan...bagi naik mood tu sikit...

Anda Kebosanan???
-Lihat diri anda...adakah anda telah kemas dalam menguruskan waktu seharian??? kerja yang diberi guru/pensyarah sudah settle ke belum??? jangan tangguh-tangguh...kerana tangguh itu yang menjadikan anda bosan...

Anda Kebosanan???
-Lihat PC anda...wahhh!!! dah cukup sarat...tunggu masa untuk di format jee...delete laa apa yang tak penting dalam PC anda tu...ringankan kembali PC anda...baru laa kerja nak dibuat pun lancar...



Faham apa yang ingin Zack kongsikan??? kalau masih kurang jelas...biar Zack detail kan sikit...sebenarnya dalam hidup kita tak perlu bosan...kerana terlalu banyak kerja yang masih kita belum selesaikan...

Usahlah memandang kekayaan orang lain membuatkan anda merasa bosan kerana tak dapat apa yang mereka dapat...tapi pandanglah diri anda...anda pasti tahu apa yang perlu untuk diri anda...

Andai anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika kebosanan...Bezikir...berselawat...dan banyak mengingati Allah s.w.t...InsyaAllah akan tenang jiwa anda...

Kebosanan bukanlah berpunca dari suasana...tapi kebosanan berpunca dari kemalasan...




Sunday, September 16, 2012

Keluarlah Dari Kepompong




As'salam semua...apa cerita??? Semoga semua sihat...ok laa gang semua...Zack nak celoteh sikit...

Apakah anda merasa :

-sunyi
-tiada teman
-bosan
-tension
-bengang
-terlalu terkongkong
-meluat

Adakah anda juga cemburu melihat teman-teman anda upload gambar di ruang cyber...sedangkan anda hanya mampu melihat dan memberi komen...yesss!!!

Ramai yang sebegini...termasuk anda...anda memang cemburu...bengang...sunyi...dan segala yang ada di fikiran anda adalah disebabkan sikap anda sendiri...

Peningkah anda kerana melihat teman-teman ada ramai member dan keluar ke merata tempat...

sedangkan...

Anda hanya merasa rendah diri...dan tiada keyakinan...

-Belajar pun tak pandai
-Harta pun tak ada
-Orang lain semua dah berjaya

Fikiran anda semakin kusut dari hari ke hari bukan???

Sudah laa keyakinan tiada...cemburu pula melanda...tambahan pula harta sekadar biasa-biasa...

Dengan itu...

Apa tunggu lagi...keluar segera dari kepompong anda...



Anda kini dilanda sakit cyber...24 jam bersama FB...Blogspot semakin menjadi...Tweet pula tak henti-henti...

Capai laa kunci motor atau kereta anda...kalau tak ada basikal pun boleh juga...

Lihatlah dunia sekeliling anda...anda masih ada peluang...jangan sia-siakan hidup di dunia...

Tenangkan hati...lapangkan jiwa dan juga minda...anda boleh berjaya...

Mereka yang anda lihat berjaya di alam cyber bukanlah kerana hanya duduk di depan PC sentiasa...
Ini kerana mereka tahu seimbangkan kehidupan luar dan juga alam cyber...

Keluarlah dari kepompong anda kerana dunia di luar sana lebih luas...

Teruskan segala yang anda gagal...capai segala impian anda yang masih kabur...banyakkan berdoa...

InsyaAllah anda akan berjaya...usah takut dan gentar di luar sana kerana Allah masih bersama...

Ayuh...Keluarlah Dari Kepompong...dunia di luar sana sedang menanti anda...




Sunday, September 2, 2012

Memburu Impian yang Salah




As'salam semua...kita tak pernah gagal...kegagalan mungkin satu pengajaran...tapi sedarkah anda??? Kita selama ini tak pernah gagal...kita cuma memburu impian yang salah...

Impian yang salah merupakan satu titik yang menjadikan kita semakin tidak terus mara ke hadapan...Apakah itu impian yang salah???


  • impian dengan niat yang tidak betul
  • impian yang tidak sepadan dengan diri
  • impian yang terlalu tinggi
  • impian sekadar hanya untuk diri sendiri
  • impian yang negatif


Inilah dia impian yang salah...kadang-kadang kita mengatakan kita inginkan sesuatu untuk kemudahan kita...tapi target kita mencapai impian itu hanyalah untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain...

Contoh Pertama : Anda berniaga untuk mencapai kejayaan dan mengharapkan duit yang banyak tapi niat hati anda yang pertama sekadar untuk mendapatkan perhatian orang lain...

Contoh Kedua   : Anda cuma bekerja biasa-biasa tapi anda ingin membeli sebuah kereta mewah dalam masa terdekat...

Tidak salah mempunyai impian tapi perlu tahu...adakah itu sebenarnya impian anda???
Andai kata anda berjaya suatu hari nanti dengan impian yang salah...percayalah anda hanya akan merasa beban dengan impian tersebut...

Betulkan niat...Kaji Impian...Memburu Impian...






Tuesday, April 24, 2012

Jadi Kaya dengan RM1.00




As’salam semua…apa khabar??? Semoga semua sihat dalam mengharungi kehidupan hari demi hari dan moga sentiasa dilindungi Allah s.w.t

Agak lama Zack tak berceloteh tentang motivasi…bukan kesibukan menjadi penghalang untuk Zack berblogging…Cuma sebab internet yang tiada di rumah…hehehe…

OK laa gang semua…dengan tajuk entry “Jadi Kaya dengan RM1.00” pasti ramai yang akan teruja dan tertanya-tanya…bukan mustahil…bukan fantasi…dan yang paling penting bukan MLM…ini adalah teknik yang mudah dan berkesan…teknik yang sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat…cheewaaahhh…!!!

  1. Mula-mula anda perlu dapatkan duit RM1.00
  2. Kemudian fikirkan cara bagaimana untuk menjadikan duit anda menjadi RM2.00…usahalah kat mana-mana…yang penting anda jangan meminjam pada sesiapa…
  3. Setelah mendapat RM2.00 anda berusaha lagi untuk jadikan duit anda RM4.00…cuba sedaya-upaya…
  4. Kini RM4.00 sudah berada di tangan…kemudian fikirkan cara bagaimana anda hendak gandakan menjadi RM8.00…dan seterusnya berusaha menjadikan RM8.00 kepada RM16.00
  5. Begitulah seterusnya…

Mungkin teknik ini ramai yang akan kata teknik ini sama dengan konsep menabung…tapi apa yang kelainan dari konsep menabung adalah:

Teknik Menabung
-Teknik Menabung akan berlaku hasil dari lebihan duit yang anda belanjakan dan sekiranya tiada duit untuk menabung kita akan biarkan sahaja…

Teknik Jadi Kaya dengan RM1.00
-Teknik Jadi Kaya dengan RM1.00 pula lebih kepada konsep matematik “kuasa 2“ , anda akan berusaha semampu yang boleh untuk menggandakan duit yang telah anda milik…

Bagi yang dah sememangnya senang untuk dapatkan RM1.00 pasti mudah untuk kumpul sampai ke tahap RM16.00 bukan??? Tapi cubalah anda tukarkan RM1.00 kepada RM100.00…tidak mustahil suatu hari nanti anda mampu memiliki apa yang anda inginkan…

Contoh:
-Anda yang ingin membeli handphone baru yang mungkin berharga RM500.00…
-Tetapkan harga di atas sebagai target…
-Gunakan konsep “Jadi Kaya dengan RM1.00” sehingga mencecah target yang anda inginkan…

Semoga berjaya semua…

*usahalah tapi jangan sampai buat benda yang tak sepatutnya yee… ^_^



Monday, April 2, 2012

Video Tolong-Menolong (Hukum Karma)

Salam semua...kali ni Zack ada terjumpa satu video yang memperlihatkan kita bagaimana sikap kita yang suka menolong orang lain tu akhirnya berpatah balik pada kita walaupun bukan orang yang kita bantu tu tolong kita...atau dalam bahasa yang lebih mudah kita selalu sebut sebagai hukum karma...mungkin ada yang dah pernah tengok video ni tapi bagi yang pernah tengok lagi...jom kita sama-sama layan...memang best...!!!

Tonton video ni sampai habis...gang akan faham mesej yang ingin disampaikan...

Wednesday, March 28, 2012

Lakukan Apa yang Anda Mahu (BIKERS)


Salam semua...semoga semua sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t...sebenarnya Zack nak buat entri pasal game Angry Birds Space...tapi internet pulak slow...nak upload game tu pn terlalu lama...jadi mungkin dalam beberapa hari lagi Zack akan upload...jadi Zack buat celoteh pasal "Lakukan Apa yang Anda Mahu" khas buat biker-biker yang mengidamkan motor berkuasa tinggi tapi kerap kali di halang oleh orang lain...
Jadi buat semua bikers...Zack nak bagi sedikit nasihat buat anda...mungkin anda telah berangan-angan untuk menunggang jentera beroda dua yang berkuasa tinggi...tapi selalunya ada cakap-cakap negatif seperti ni...

"motor besar laju mana pun hujan basah jugak"
"motor boleh naik dua org jee"
"kereta laa senang"
"buat apa beli mahal-mahal tapi tak dak kereta"
"motor tu mahal laa loan sama je dengan kereta"
"naik kereta lebih selamat"
"bayar bulanan tinggi sangat sampai RM300 lebih"
"alaa...nak beli kalau setakat 250 cc tu baik tak yah"



dan macam-macam lagi ungkapan negatif yang sering kita dengar andai kata kita nak beli motor berkuasa tinggi ni...

bagi Zack...andai kata terdengar kata-kata macam ni...pekak kan telinga dan jangan sebut pasal motor dah dengan orang macam ni...



Superbike 250 cc tak best???

Kalau nak diikutkan kelajuan memang jauh beza dengan superbike yang berkuasa 250 cc ke atas seperti R6 ,ZX6 ,Z750 dan yang 1000 cc lagi laa jauh beza...tapi mengikut apa yang anda minat...250 cc adalah yang terbaik buat golongan baru nak berjinak dengan superbike...memang nampak macam noob...tapi Zack ada terbaca seorang otai superbike berkata...

"kalau orang cakap 250 cc ni tak bagus dan tak laju...tell them...i love to riding because i like it...not to show off..." begitulah lebih kurang ayat otai tu...

sebab kalau anda nak tunggu pakai Yamaha R1...Aprillia RSV...Ducati 1098...atau yang lain-lain...mungkin dah tua atau dah pencen baru anda akan pakai...

Superbike laju dan banyak eksiden???

Dan bagi yang berduit lebih tu tak apa laa kalau nak pakai yang agak mahal dan yang berdesup kelajuannya...cuma kalau orang kata superbike laju dan banyak eksiden...jangan patah semangat...sebab superbike memang laju tapi lebih stabil dari motor kapcai...dan pasal eksiden rasanya orang jalan kaki pun boleh eksiden kan??? lori yang besar pun ada eksiden kan??? jadi itu semua atas sikap masing-masing...



Jadi apa yang Zack nak ketengahkan kat sini...sebagai biker sejati kita jangan ikut cakap orang...sebab...percayalah...kalau anda beli superbike...orang yang cakap-cakap tu laa yang teringin nak bertenggek kat belakang Superbike anda...




Thursday, March 22, 2012

Buat yang Berjaya dan Gagal dalam SPM



Salam semua...hye...apa khabar...semalam merupakan hari keluarnya keputusan Sijil Pelajaran Menengah ataupun lebih dikenali sebagai SPM...tak kira laa yang gagal...SYABAS!!! kepada semua kerana telah berjaya menamatkan alam persekolahan anda...oleh itu Zack bercadang nak bagi sedikit nasihat buat semua...

Kepada yang berjaya...TAHNIAH
Kepada yang gagal...USAH MENGALAH

Kepada yang berjaya...BERSYUKURLAH
Kepada yang gagal...BERSABARLAH



Kepada yang berjaya...JANGAN BANGGGA DIRI
Kepada yang gagal...JANGAN BUNUH DIRI

Kepada yang berjaya...USAH MERASA HEBAT
Kepada yang gaga...USAH MERASA SARAT

Kepada yang berjaya...USAH MENUNJUK
Kepada yang gagal...USAH MENYOROK

Kepada yang berjaya...JANGAN TERLALU SUKA
Kepada yang gagal...JANGAN TERLALU HAMPA

Kepada yang berjaya...ALLAH MENYAYANGIMU
Kepada yang gagal...ALLAH MENYAYANGIMU

Tak kira samada berjaya atau gagal...yang penting sentiasa ingat padaNya...kerana Allah masih menyayangi kita.... ^_^



Friday, March 16, 2012

Kisah Hari Jumaat






Salam semua para pembaca blog ni...apa yang Zack nak ceritakan ni adalah kisah benar...terjadi pada hari jumaat...hehehe...nak tau kisah macam mana...jom layan celoteh kali ni...

Kisah ni berlaku pada tahun lepas...pada hari Jumaat tu...Zack memang bercadang hendak pergi solat Jumaat...jam menunjukkan pukul 12:30 t/hari...Zack pun mandi laa macam biasa...sebab nak pergi solat Jumaat kena laa mandi bagi bersih badan dulu kan...

Selepas mandi Zack meminta tolong emak Zack gosokkan baju kemeja untuk dipakai solat Jumaat...dan selepas mandi Zack pakai laa baju dan terpandang pulak lauk-pauk yang dimasak oleh emak Zack...hohoho memang terliur laa...Zack tengok jam dah dekat pukul 1 t/hari...jadi Zack membuat keputusan untuk makan sikit...makan punya makan jam dah pukul 1:15 t/hari...





Jadi Zack terus pakai songkok keluar rumah dan "start" motor untuk ke masjid...dengan senang hati Zack naik motor sebab tengok orang tak ramai lagi pergi solat nampak lengang jee kawasan taman dan jalan raya...



Zack meneruskan perjalanan dan masa perjalanan ke masjid tu orang yang berniaga kat kedai macam dah tengok Zack...Zack buat dekkk jee...ingat tak dak apa pun...jadi Zack meneruskan perjalanan smpai ke masjid...betul-betul nak sampai ke masjid tu...Zack tengok orang ramai naik motor dari arah bertentangan dengan Zack...siap diorang pakai baju melayu berwarna-warni...hohoho...Zack dah tak sedap hati...ramai pulak yang tengok Zack semacam...dan dengan tiba-tiba...salah seorang yang naik motor dari arah bertentangan tu menjerit...

"Solat Jumaat dah habis...!!!

arghhh...!!!
Zack apa lagi...terus ambik songkok atas kepala cepat-cepat letak dalam bakul motor...
malu beb!!! huhuhu...dan Zack terus balik rumah solat Zohor jee...

Zack terlupa pulak masa tu waktu solat masuk awal...

moral : mesti sentiasa peka dengan waktu solat


Tuesday, March 13, 2012

3 Cara Nak Hidup Bahagia



Salam semua pembaca…celoteh Zack kali ni nak berkongsi sedikit tentang 3 Cara Nak Hidup Bahagia…Zack dapat dari seorang Ustaz yang cerita pada orang ramai…sangat mudah…sangat perlu…

Begini caranya...


-Tidur biar lena

-Makan biar sedap

-Kawin biar banyak kali


Macam mana tu???


Macam ni...


-Tidur biar lena

Tidur bila terasa mengantuk


-Makan biar sedap

Makan bila terasa lapar


-Kawin biar banyak kali

Kawin dengan suami/isteri biar banyak kali (faham-faham sendiri laa)





Ok gang semua…boleh cuba yee cara ni…cara yang ketiga tu untuk orang yang dah kawin jee...^_^


Cara Kita Menjawab Panggilan Mak Ayah Kurang Ajar???

Salam buat semua…apa khabar??? Mungkin ada skit perubahan pada blog Zack…tapi tak pa…sebab still macam dulu lagi…Zack Cuma ada tambah label bagi memudahkan carian dalam blog Zack ni…dan Zack buat satu lagi page khas buat anda semua untuk menonton cartoon secara online…

Ok laa gang semua…apa pun hari ni Zack celoteh sikit pasal…cara kita menjawab bila mak ayah kita panggil dan awek kita panggil…Zack ada terbaca dalam FB membandingkan cara panggilan mak ayah dan awek…lebih kurang macam ni laa…bila awek panggil selalunya orang akan jawab…

“ye sayangku”

tapi bila mak ayah panggil orang selalunya akan jawab…

“apa mak???” , “awatnya pak???”(orang utara) , “gapo mak???”(orang klate) , “yo mak” , “yap pak!” , “yes mak” dan yang sewaktu dengannya…



Lebih kurang macam tu laa…kononnya maksud cara jawab dengan awek boleh manja…tapi bila mak ayah panggil kononnya cara jawab macam kurang ajar…

Tapi…tapi...dan tapi...

Rasanya cara jawab mana yang lebih ikhlas dan menunjukkan kita betul-betul kenal dan faham orang yang panggil kita tu??? Kalau cara jawab panggilan awek macam poyo jee ye tak??? “Ye sayang” arghhh…!!! hentikan kepoyoan ini…memang tak ikhlas cara jawab tu...macam nak tunjukkan keperihatinan pada si dia…

Cara jawab kita pada mak tu pulak mungkin nampak kasar kalau kita cuma hanya baca dalam bentuk tulisan…tapi cuba kita dengar secara live nada cara kita jawab…tak kasar laa…tak caya??? Gang semua pernah tak jawab panggilan mak ayah macam tu tak??? Rasa kurang ajar tak??? Mak ayah kecil hati tak??? Jawapannya…anda sendiri jawab…

Jadi apa yang Zack nak bagi tau kat gang semua…ini menunjukkan betapa akrabnya hubungan antara si anak dan mak ayahnya…dan betapa kepuraan-puraan hubungan si pakwe kepada si makwe…

Kalau tak percaya lagi…gang semua try jawab panggilan mak ayah macam jawab panggilan awek tu…

“ye mak ku” , “ye pak kesayanganku” , “ye mama comel”…mau terkejut terlompat mak ayah…fikir anak dia dah tak betul…silap-silap kena lempang sebab ingat anak dia dah bengong…

Jadi pada apa yang Zack celoteh ni bukanlah nak suruh jadi kurang ajar pada mak ayah…Cuma kita sebagai perlu jadikan hubungan dengan mak ayah sebagai hubungan yang sempoi…ingat yee bukan hubungan kurang ajar…hubungan sempoi…dengan cara itu kita akan lebih dekat dan rapat dengan mak ayah kita…



Tapi bila mak ayah panggil…jangan laa pulak jawab macam ni…

“hoi awat pak???” , “ada apa orang tua gila???” , “kau nak ape???” , “cis!!! apa mak???” , “pak awat jerit dah buang tebiat???” jawab macam ni bukan setakat kurang ajar tapi dah jadi anak derhaka ni…kena mak ayah kepala angin…memang kena smack down laa…huhuu…

Jadi gang semua…anda tentu tahu cara mana yang sesuai untuk jawab panggilan mak ayah…yang penting jangan kurang ajar atau derhaka…

Salam sayang dari Zack…Zack akhiri dengan sebuah puisi …

Oh semua gang…

Memang benar….erk!!

Lain kali laa Zack tulis puisi… :P

Wednesday, March 7, 2012

Nak Senang Jangan Nampak Senang




Salam semua...kepada pembaca blog Zack semua...Zack ucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog Zack ni...untuk kali ni Zack ada celoteh tentang "Nak Senang Jangan Nampak Senang"

Macam mana tu yee...mungkin ramai yang berpendapat Zack nak gang semua susah...tapi maksud yang Zack nak sampaikan adalah...cuba kita lihat di sebelah kita...di depan...dan sekeliling kita...ramai betul yang nampak bergaya dan hebat...

Tapi...

Setakat manakah hebat mereka dan kayanya mereka???

-Ramai yang bergaji rendah tapi pakai kereta mewah...
-Ramai yang bergaji rendah tapi beli barangan branded...
-Ramai yang bergaji rendah tapi beli motor mahal...
-Ramai yang bergaji rendah tapi beli handphone yang sama harga gaji sebulan...
-Ramai yang bergaji rendah tapi suka makan di kedai yang mahal dan mewah...

banyak lagi kalau nak list kan satu-satu...tapi untuk apakah semua itu???

-kepuasan
-tayang pada orang ramai
-nampak glamour
-nak orang tanya
-seronok bila orang pandang

tapi pada hakikatnya...

Poket kosong...pergi kerja minum air kosong jee...orang makan ayam...
Balik rumah pening kepala fikir pasal hutang...

Jadi apa yang Zack nak kongsikan...kita ni boleh kalau nak bergaya tapi biarlah kena pada diri kita...jangan semata-mata nak cari glamour tapi kita yang dapat susah akhirnya...lagi pun tak baik membazir dan menunjuk-nunjuk...

Bak kata Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah...
"orang yang senang tapi nak nampak macam hidup susah tiada masalah...tapi orang yang susah nak nampak macam hidup senang itu yang banyak masalah"

Sama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri... ^_^

Thursday, March 1, 2012

Bercakap Jangan Over



Salam semua...apa khabar??? Alhamdulillah kalau semua sihat...yang mana tak sihat tu makan laa ubat dan rehat secukupnya...kali ni Zack nak berceloteh pasal bercakap jangan over...

Ramai betul orang sekarang ni kalau bab bercakap memang hebat sampai kadang-kadang bercakap sampai ada yang malas nak layan...



sebab apa???

sebab bila bercakap dia jee laa yang nak menang...
sebab bila bercakap dia jee laa yang betul...
sebab bila bercakap dia jee laa yang tahu semuanya...
sebab bila bercakap dia jee laa hebat...
sebab bila becakap dia jee laa paling power...




last-last orang malas nak layan...
kan tak best macam tu...
silap hari bulan "lebam bijik mata kau"

jadi kita sebagai orang yang suka bercakap ni jangan terlalu over bila bercakap sebab kadang benda yang kita cakapkan tu mungkin boleh membuatkan orang lain tak selesa bila dah terlalu over...

Jaga laa hati orang sama...sebab mungkin anda rasa anda adalah terhebat...tapi percayalah sehebat mana kita...kita tak laa sehebat mana pun...jadi jangan laa kita terlalu over bila bercakap...

Apa yang penting???
Jaga Iman...
Jaga Hati...
Jaga Lidah...
InsyaAllah kita semua mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t

Sama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri...
^_^


Saturday, February 25, 2012

Kalaulah Aku Kaya

Salam semua…baiklah gang semua…kali ni Zack nak celoteh sikit pasal “Kalaulah Aku Kaya” macam mana tu yee??? Adakah kita sedar benda ni selalu kita cakap pada orang???

Contohnya… “kalaulah aku kaya aku tak mau jadi berlagak dan sombong” betul ke tak nak berlagak???

Cuba fikir balik…anda cerita kat orang kalau anda jadi kaya tak nak berlagak dan tak menunjuk…

Lagi anda cerita kat kawan-kawan… “aku kalau kaya nanti tak mau derma masuk TV pastu tayang cek besar-besar bagi nampak...aku nak derma senyap-senyap jee”

Lagi cerita anda… “kalau aku kaya nanti tak nak bagi tau yang aku ni banyak duit tapi biar orang tau sendiri”

Anda cerita kat orang lagi…bila dah kaya nak jadi orang tak suka publisiti murahan sebab banyak duit...

Sedar tak anda yang anda cerita kat orang tu sebenarnya dah menjadikan anda seorang apa yang anda tak nak jadi…kalau anda belum kaya pun dah cerita macam ni…bagaimana pula nanti kalau anda dah kaya???

Jom kita fikir-fikirkan bersama…

Thursday, February 16, 2012

Jaga Hati Orang


Salam semua pembaca yang masih sudi melawat blog Zack...maaf laa mungkin agak lama Zack tak update blog ni...sebab tak sempat nak ke Mcd berdekatan...maklum laa rumah tak de internet...hehehe...


Ok laa gang semua...kali ni apa kata kita celoteh pasal jaga hati orang...
Bukan apa...apa yang Zack tengok sekarang ni...ramai orang bila bercakap tentang sesuatu tu dengan seseorang...mereka tak menghiraukan hati orang yang ketiga...

Macam mana tu???

Situasi 1...
Anda bersama seorang rakan bersembang tentang multimedia...
Tiba-tiba seorang lagi rakan datang dan bersembang dengan anda tentang kereta...
Jadi anda tidak menghiraukan rakan anda yang tadi dan dia mendiamkan diri sekadar mendengar...

apa yang dia rasa agaknya???

Situasi 2...
Anda bersama pak cik anda bersembang tentang kejayaan...business...kewangan...kereta...motor...
sedangkan di sebelah anda ada seorang sepupu yang masih belajar dan tak mampu nak membeli semua tu...
sekadar mendengar je...

mungkin anda akan rasa hebat sebab dapat bersembang seperti tu...

tapi...

kasihan orang yang mendengar...mungkin dia akan rasa rendah diri...dan dalam tak sedar...
anda telah rasa bangga diri...


memang kita tak rasa apa yang kita buat tu salah...tapi sebenarnya agak keterlaluan...
fikir-fikirkan laa sebelum berbicara...

Sama-samalah kita memperbaiki diri demi kesejahteraan bersama...

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”


Friday, February 10, 2012

Mesti Sentiasa Bodoh


Salam semua...terima kasih kerana masih melawat blog Zack...walaupun kurang komen yang diberi tapi tak mengapa...sebab Zack akan terus berceloteh untuk kebaikan perkongsian kita bersama...mungkin ada yang membaca celoteh Zack cuma tidak memberikan komen tapi itu sudah cukup bagi Zack...kerana bukan komen yang Zack harapkan...cukuplah sekadar berceloteh untuk semua...terima kasih semua...
(over pulak Zack tiba-tiba...hehehe...)

Ok laa semua...mesti sentiasa bodoh??? mesti ramai yang menganggap...
"apa ke gila si Zack ni kata mesti sentiasa bodoh???"




Tapi cuba anda berfikir sejenak...kalau anda sudah menganggap diri anda bijak pandai...
Adakah masih perlu mencari ilmu???


Mungkin ramai yang masih merasa diri mereka cukup bijak hingga tak mahu mengalah...




Tapi sedarlah...
dengan hanya anda sentiasa menjadi bodoh sebenarnya anda akan lebih menjadi pandai...
dan dengan hanya anda menganggap diri anda pandai anda sebenarnya akan menjadi lebih bodoh...

Kerana dengan sentiasa menjadi bodoh juga anda akan terus mencari kepandaian dalam pengalaman...

Sesungguhnya tiada yang lebih bijak melainkan Allah s.w.t



Tuesday, January 24, 2012

Mengumpat Supaya Hebat


Salam semua...hye semua...wahhh...mesti syok kan baca tajuk entri...hehehe...
"Megumpat Supaya Hebat"



Mungkin ada sesetengah makcik-makcik yang ternampak tajuk entri ni...rasa wow!!! bestnye boleh mengumpat...tapi itulah hakikatnya...mengumpat memang seronok tapi yang tak seronoknya nak menanggung dosa mengumpat tu...



ok laa...nak jadi hebat dengan mengumpat??? boleh...

Pergi depan cermin...
Tengok muka sendiri...
Mengumpat laa diri anda...


Best tak mengumpat diri sendiri??? hehehe...

Lepas mengumpat...
Jangan terus rendah diri...
Tapi cari kelemahan diri dan betulkan yang mana salah...

Buat laa...
Dalam masa beberapa hari InsyaAllah anda jadi hebat...
^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...