Teman Celoteh

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Zyraroxx:Follower Datang Bertubi-Tubi

As'salam semua...kali ni Zack nak berceloteh pasal satu segmen yang diperkenalkan oleh brader phat...

Brader phat ni yang ajak Zack join sebab gua sembang kata gua punya follower kurenggg...jadi brader phat kata kat gua...lu join segmen ZyraRoxx ni kalau lu nak tambah followers(aiseh...terikut pulak macam ZyraRoxx)

 Celoteh panjang-panjang pun tak tau nak tulis apa dah jadi moh laa kita ramai-ramai pakat join segmen ni...




Segmen ni akan membuatkan mendapat followers datang bertubi-tubi ke blog anda...

Menjadikan anda blogger yang feymes...(harap-harap laa)

Menambahkan kenalan yang kira yang tua dan muda...

dan...

Anda akan dapat buat post baru dengan segmen ini...



Syarat Penyertaan : 
(copy paste macam Phat jugak)

  1. peserta kena buat entri bertajuk "zyraroxx: follower datang bertubi tubi"  letak banner dekat entri
  2. terpulang nak tulis panjang mana pun entri...nak tepek banner je pun boleh... :)
  3. letak jumlah follower korang sekarang
  4. letak link entri dalam komen post ni
  5. follow blog ini


Huuu...sangat banyak kelebihan join segmen ni...best woo...

Klik sini untuk join >>>



Jumlah Followers Zack : 179



Friday, March 16, 2012

BCR Kontest 2# | How I Met BCR


Salam semua...celoteh kali ni khas buat Blogger Chat Room (BCR) yang best ni...

Sejarah Jumpa BCR:

Pada suatu hari sedang Zack berjalan-jalan sebagai seorang blogger yang baru dalam dunia maya yang tanpa sempadan ni...Zack teringin untuk mencari kawan-kawan blogger...Zack mula menuju ke ruangan url dan Zack mula menaip google.com...

Setelah sampai di stesen google...Zack bertanya kepada Carian Google...Zack mula menaip "Blogger Chat"...tapi terlalu banyak chat dari luar negara...Zack mula berjalan-jalan di dunia maya google demi mencari kawan-kawan blogger yang lain...

Tiba-tiba...

Zack ternampak Searches related to blogger chat...pada bahagian bawah stesen carian Google...
Pada bahagian bawah tulisan tu ada tertera "blogger chat room"...Zack pun mula klik ke stesen seterusnya...dan terlihat banyak chat dari luar negara jugak...tak perasan yang paling atas tu dah terang-terang tulis BCR...Zack pun dalam beberapa ketika ternampak pulak Jejaka Terhangat: Bloggers Chat Room Penghubung Sesama Blogger dalam stesen google tu...

Zack pun klik dan smapai ke stesen blog Jejaka Terhangat dan terlihat ada chat box kat dalam blog tu...Zack tengok ramai yang online dan sedang berchatting...Zack pun nak join...dan Zack terus isi nama,url dan message...tapi bila enter tak boleh nak chat...rasa kecewa sekejap...cari punya cari tertekan ape tah terus Zack di bawak ke stesen seterusnya...iaitu www.bcroom.net
dan ternampak ada tulis "daftar sini"...Zack tanpa berlengah terus daftar...dan tunggu 24jam...keesokan harinya...Zack bukak email dari BCR kata ape tah...hehehe...lupa pulak...lepas tu try chat kat BCR dah boleh...yeehaaa...!!! akhirnya...

Mula-mula chat kat BCR rasa segan jee...takut gang BCR ni tak leh terima orang baru...tapi ternyata sangkaan Zack meleset sama sekali...gang BCR ni macam sebuah keluarga yang suka berkongsi pendapat dan suka usik-mengusik...Zack di sambut oleh gang BCR...gang BCR semuanya friendly...selain berkongsi pendapat gang BCR jugak banyak membantu Zack untuk berblogging...Zack mula merayau-rayau ke blog lain seperti blog Beauty Lover dan blog-blog yang dalam gang BCR...ternyata memang BCR laa platform paling sesuai untuk Zack cari kawan-kawan blogger...

Kenangan Paling Best:

Masa mula-mula join BCR ni...bila time nak chat kat BCR Zack asik typo dan asik kena gelak dan usik oleh gang BCR yang lain...rasa segan pulak bila asik typo tu...dan bila tengok orang lain buat icon kat chat...Zack cuba buat tapi tak jadi...dan asik kena gelak sebab orang baru laa katakana...tapi atas sokongan dan tunjuk ajar oleh gang-gang BCR...Zack boleh chat macam orang lain...dan dah kenal dengan diorang meskipun hanya dalam dunia maya...

Gathering:

Walaupun belum berkesempatan untuk join gathering BCR...tapi ikhlas Zack katakan Zack memang sayang BCR...kadang-kadang rasa teringin dan jeles bila tengok gambar gathering BCR...tapi apakan daya jodoh tiada...InsyaAllah suatu hari nanti Zack akan turun padang untuk join gathering BCR...ape pun BCR memang best...!!! love u all!!!

Kepada yang tak join BCR lagi meh join ramai-ramai...sebab BCR memang...arghhh...memang terbaikkk laa...

klik sini untuk join>>>Blogger Chat Room (BCR)

Mereka yang di tag :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...