Salam semua...semoga semua sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t...sebenarnya Zack nak buat entri pasal game Angry Birds Space...tapi internet pulak slow...nak upload game tu pn terlalu lama...jadi mungkin dalam beberapa hari lagi Zack akan upload...jadi Zack buat celoteh pasal "Lakukan Apa yang Anda Mahu" khas buat biker-biker yang mengidamkan motor berkuasa tinggi tapi kerap kali di halang oleh orang lain...
Jadi buat semua bikers...Zack nak bagi sedikit nasihat buat anda...mungkin anda telah berangan-angan untuk menunggang jentera beroda dua yang berkuasa tinggi...tapi selalunya ada cakap-cakap negatif seperti ni...
"motor besar laju mana pun hujan basah jugak"
"motor boleh naik dua org jee"
"kereta laa senang"
"buat apa beli mahal-mahal tapi tak dak kereta"
"motor tu mahal laa loan sama je dengan kereta"
"naik kereta lebih selamat"
"bayar bulanan tinggi sangat sampai RM300 lebih"
"alaa...nak beli kalau setakat 250 cc tu baik tak yah"
dan macam-macam lagi ungkapan negatif yang sering kita dengar andai kata kita nak beli motor berkuasa tinggi ni...
bagi Zack...andai kata terdengar kata-kata macam ni...pekak kan telinga dan jangan sebut pasal motor dah dengan orang macam ni...
Superbike 250 cc tak best???
Kalau nak diikutkan kelajuan memang jauh beza dengan superbike yang berkuasa 250 cc ke atas seperti R6 ,ZX6 ,Z750 dan yang 1000 cc lagi laa jauh beza...tapi mengikut apa yang anda minat...250 cc adalah yang terbaik buat golongan baru nak berjinak dengan superbike...memang nampak macam noob...tapi Zack ada terbaca seorang otai superbike berkata...
"kalau orang cakap 250 cc ni tak bagus dan tak laju...tell them...i love to riding because i like it...not to show off..." begitulah lebih kurang ayat otai tu...
sebab kalau anda nak tunggu pakai Yamaha R1...Aprillia RSV...Ducati 1098...atau yang lain-lain...mungkin dah tua atau dah pencen baru anda akan pakai...
Superbike laju dan banyak eksiden???
Dan bagi yang berduit lebih tu tak apa laa kalau nak pakai yang agak mahal dan yang berdesup kelajuannya...cuma kalau orang kata superbike laju dan banyak eksiden...jangan patah semangat...sebab superbike memang laju tapi lebih stabil dari motor kapcai...dan pasal eksiden rasanya orang jalan kaki pun boleh eksiden kan??? lori yang besar pun ada eksiden kan??? jadi itu semua atas sikap masing-masing...
Jadi apa yang Zack nak ketengahkan kat sini...sebagai biker sejati kita jangan ikut cakap orang...sebab...percayalah...kalau anda beli superbike...orang yang cakap-cakap tu laa yang teringin nak bertenggek kat belakang Superbike anda...