Salam semua...kepada pembaca blog Zack semua...Zack ucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog Zack ni...untuk kali ni Zack ada celoteh tentang "Nak Senang Jangan Nampak Senang"
Macam mana tu yee...mungkin ramai yang berpendapat Zack nak gang semua susah...tapi maksud yang Zack nak sampaikan adalah...cuba kita lihat di sebelah kita...di depan...dan sekeliling kita...ramai betul yang nampak bergaya dan hebat...
Tapi...
Setakat manakah hebat mereka dan kayanya mereka???
-Ramai yang bergaji rendah tapi pakai kereta mewah...
-Ramai yang bergaji rendah tapi beli barangan branded...
-Ramai yang bergaji rendah tapi beli motor mahal...
-Ramai yang bergaji rendah tapi beli handphone yang sama harga gaji sebulan...
-Ramai yang bergaji rendah tapi suka makan di kedai yang mahal dan mewah...
banyak lagi kalau nak list kan satu-satu...tapi untuk apakah semua itu???
-kepuasan
-tayang pada orang ramai
-nampak glamour
-nak orang tanya
-seronok bila orang pandang
tapi pada hakikatnya...
Poket kosong...pergi kerja minum air kosong jee...orang makan ayam...
Balik rumah pening kepala fikir pasal hutang...
Jadi apa yang Zack nak kongsikan...kita ni boleh kalau nak bergaya tapi biarlah kena pada diri kita...jangan semata-mata nak cari glamour tapi kita yang dapat susah akhirnya...lagi pun tak baik membazir dan menunjuk-nunjuk...
Bak kata Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah...
"orang yang senang tapi nak nampak macam hidup susah tiada masalah...tapi orang yang susah nak nampak macam hidup senang itu yang banyak masalah"
Sama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri... ^_^