Teman Celoteh

Tuesday, October 16, 2012

Kisah Antara Ikan dan Joran

As'salam semua...kali ni Zack nak berceloteh Kisah Antara Ikan dan Joran...

Kisahnya begini...

Pada masa dahulu ada dua orang beradik yang tinggal bersama...
Si adik bersikap agak malas dan pentingkan diri...kerana setiap kali pergi ke hutan untuk memburu bersama-sama...si abang bersusah-payah memasangkan perangkap...si adik cuma akan menantikan haiwan yang masuk perangkap dan mendapatkannya...

Walaupun si abang yang bersusah-payah...namun si adik yang akan mendapatkan hasilnya...si adik akan mendapatkan hasil yg lebih dari si abang...si adik hanya akan mementingkan diri...

Pada suatu hari mereka keluar seperti biasa memburu ke hutan...namun mereka tidak menangkap sebarang hasil...si adik mula merungut dan terus terbaring kerana malas mahu meneruskan pemburuan mereka...tapi bagi si abang...dia perlu meneruskan pemburuan untuk mengisi perut yang lapar...

Si abang pun terus berjalan dan terjumpa sebatang sungai...lalu si abang pun memanggil si adik...si adik pun datang dan bertanyakan kepada si abang apa yg terjadi...maka si abang menunjukkan ke arah sungai yang dipenuhi dengan ikan...namun mereka tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan ikan tersebut...

Tanpa mereka duga...muncul pari-pari...si pari-pari bertanyakan kepada mereka samada mahukan ikan tersebut atau joran...tapi mereka tidak boleh berkongsi apa yang meraka pilih...

si adik memilih mahukan ikan-ikan tersebut...dalam fikiran si adik...selepas dia dapat ikan-ikan itu..dia akan menghabiskan kesemuanya...



Namun si abang memilih untuk mendapatkan joran...




Selepas mereka membuat pilihan...mereka masing-masing beredar...si adik terus pulang ke rumah memakan ikan-ikan tersebut...si abang pula terus memancing untuk mendapatkan ikan...apabila pulang ke rumah...si adik hanya mentertawakan si abang kerana ikan yang dipancing si abang hanya beberapa ekor...kata si adik betapa ruginya si abang kerana tidak memilih ikan-ikan yang diberikan oleh pari-pari...Namun si abang hanya mendiamkan diri..dan terus memancing dari hari ke hari...

Setelah beberapa hari berlalu ikan si adik semakin kurang...si adik tidak perasan ikan-ikannya semakin berkurangan sehinggalah tiada seekor ikan pun yang tinggal...si adik mula rasa sedih...dan mula merasa menyesal...

Namun si abang pula...ikan-ikan yang dipancingnya semakin hari semakin bertambah...sehingga mampu membuat kolam dan menternak ikan-ikan tersebut dan semakin bertambah-tambahlah ikan-ikannya...begitulah ceritanya...


*Jadi apa Zack harap geng semua faham apa yang Zack cuba sampaikan...kalau anda pula...yang mana satu anda akan pilih Antara Ikan dan Joran??? 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...