Teman Celoteh

Saturday, January 14, 2012

Game Booster V3.2


Salam buat gang semua yang masih sudi membaca celoteh Zack ni...ok la gang semua...kali ni Zack nak berkongsi sesuatu yang boleh meningkatkan prestasi PC untuk bermain game...

Game Booster V3.2...


Sesuai buat gang semua yang sememangnya Gamer sejati...mungkin tidak 100% Game Booster ni dapat membantu PC anda ketika anda bermain game...

Tapi anda masih tetap boleh mencubanya dan lihat prestasi PC anda...



Tapi kalau dah PC anda memang bukan untuk Gaming...Zack ada cara yang lain...
Pergilah ke kedai PC dan beli Graphic Card yang power...tak pun kalau susah sangat...
Beli jee PC yang baru khas untuk Gaming...hehehe... ^_^

Download:



Cara Nak Kaya




Salam semua...terima kasih daun keladi sebab sudi datang melawat blog Zack ni...
buat semua yang sedang membaca entri ni mungkin teruja dengan tajuk post kali ni...
Walaupun blog Zack ni agak suram...tapi celoteh ni khas buat gang semua...


Ramai yang berfikir kenapa aku masih tak kaya macam orang lain...???
Padahal aku lebih hebat dari mereka...itulah perkara yang selalu kita keluh kesahkan
di dalam benak hati dan perasaan...

Gang semua pernah terfikir tak kenapa ramai orang yang sudah kaya tapi masih lagi bimbang dengan kewangan mereka???
ini kerana mereka merasakan mereka masih belum mencapai kekayaan...

Percaya atau tidak...

Ada sesetengah orang yang memiliki kereta BMW 5 Series serta Mercedes Benz C200 tapi masih tidak merasa mereka kaya...



Tapi...

Ada sesetengah orang yang hanya menunggang motorsikal Honda EX5 sudah merasa cukup kaya...


Ini kerana orang yang berkereta BMW 5 Series serta Mercedes Benz C200 sentiasa memandang orang lain yang berkereta Ferrari 458 Italia...



Manakala...

Orang yang hanya menunggang motorsikal Honda EX5 memandang orang yang cuma menaiki basikal...


Mungkin ada sesetengah diantara anda setelah membaca entri ini akan mengatakan...

"ini pemikiran orang tak mahu berjaya..."

tapi inilah hakikat buat anda...
terserah pada anda untuk memikirkan apa yang Zack cuba sampaikan...
marilah bersama kita renung-renungkan...

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)


Jika kamu miskin, masih ada yang lebih miskin daripada kamu.

Jika kamu sakit, masih ada orang yang sakit teruk daripada kamu.

Jika kamu bodoh, masih ada orang yang lebih bodoh daripada kamu.

Jika kamu buruk, masih ada orang yang lebih buruk daripada kamu.

Jika kamu hodoh, masih ada orang lebih hodoh daripada kamu.

Jika kamu kaya, masih ada orang yang lebih kaya daripada kamu.

Jika kamu kuat, masih ada orang yang lebih kuat daripada kamu.

Jika kamu pandai, masih ada orang yang lebih pandai daripada kamu.

Jika kamu cantik, masih ada orang yang lebih cantik daripada kamu.


Dari itu hendaklah kita bersyukur, dari apa yang Allah berikan kepada kita selama ini.
Semoga Allah akan jadikan kita umat yang sentiasa bersyukur di atas apa jua pemberian yang Allah berikan kepada kita...


Untuk jadi seorang yang kaya...
Perlulah berusaha mendapatkannya dengan bersungguh-sungguh...
Tapi jadilah hamba Allah S.W.T yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatNya...

Thursday, January 12, 2012

"Blocking" masa tengah "On Air"

Salam gang...mungkin ada diantara gang semua dah pernah tengok video ni...
hehehe...sekadar untuk hiburan...

"Harris!!! On Air..."

Wednesday, January 11, 2012

"Couple" tak salah



Salam semua...hye gang...rasanya dah agak lama Zack tak berceloteh...kali ni Zack nak celoteh sikit...

Secara kasarnya org ramai akan mengganggap couple itu adalah haram...tapi bukalah minda anda...manusia memang dijadikan secara berpasangan...dalam Bahasa English disebut couple...dalam Bahasa Melayu disebut apa yee??? pasangan betul tak???

Jadi buat yang selalu mengatakan couple adalah salah anda yang salah sebenarnya...
Manusia sendiri yang menyalah erti kan couple...baru saja kenal beberapa hari...
sudah mengganggap orang yang anda sayangi dan rindui itu adalah couple...

Kalau orang yang benar anda sayangi dan rindui itu couple untuk anda adakah halal bagi dirinya untuk anda???


Tidak bukan...jawapan sudah tentu tidak halal dalam erti kata yang lain haram...
Dia bukan couple anda...

Jadi apakah dia cara untuk menjadikan si dia couple dan halal untuk anda???
Kahwini laa si dia...itulah couple yang sebenarnya...
^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...