Agak lama Zack tak berceloteh tentang
motivasi…bukan kesibukan menjadi penghalang untuk Zack
berblogging…Cuma sebab internet yang tiada di rumah…hehehe…
OK laa gang semua…dengan tajuk entry
“Jadi Kaya dengan RM1.00” pasti ramai yang akan teruja dan
tertanya-tanya…bukan mustahil…bukan fantasi…dan yang paling
penting bukan MLM…ini adalah teknik yang mudah dan berkesan…teknik
yang sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat…cheewaaahhh…!!!
- Mula-mula anda perlu dapatkan duit RM1.00…
- Kemudian fikirkan cara bagaimana untuk menjadikan duit anda menjadi RM2.00…usahalah kat mana-mana…yang penting anda jangan meminjam pada sesiapa…
- Setelah mendapat RM2.00 anda berusaha lagi untuk jadikan duit anda RM4.00…cuba sedaya-upaya…
- Kini RM4.00 sudah berada di tangan…kemudian fikirkan cara bagaimana anda hendak gandakan menjadi RM8.00…dan seterusnya berusaha menjadikan RM8.00 kepada RM16.00…
- Begitulah seterusnya…
Mungkin teknik ini ramai yang akan kata
teknik ini sama dengan konsep menabung…tapi apa yang kelainan dari
konsep menabung adalah:
Teknik Menabung
-Teknik Menabung akan berlaku hasil dari
lebihan duit yang anda belanjakan dan sekiranya tiada duit untuk
menabung kita akan biarkan sahaja…
Teknik Jadi Kaya dengan RM1.00
-Teknik Jadi Kaya dengan RM1.00 pula
lebih kepada konsep matematik “kuasa 2“ , anda akan berusaha
semampu yang boleh untuk menggandakan duit yang telah anda milik…
Bagi yang dah sememangnya senang untuk
dapatkan RM1.00 pasti mudah untuk kumpul sampai ke tahap RM16.00
bukan??? Tapi cubalah anda tukarkan RM1.00 kepada RM100.00…tidak
mustahil suatu hari nanti anda mampu memiliki apa yang anda inginkan…
Contoh:
-Anda yang ingin membeli handphone baru
yang mungkin berharga RM500.00…
-Tetapkan harga di atas sebagai target…
-Gunakan konsep “Jadi Kaya dengan
RM1.00” sehingga mencecah target yang anda inginkan…
Semoga berjaya semua…
*usahalah tapi jangan sampai buat benda yang tak
sepatutnya yee… ^_^