Anda Kebosanan???
-Lihatlah persekitaran anda...anda ada dimana??? dibilik??? Kemas laa bilik anda supaya lebih kemas...bilik yang dah kemas...anda cantikkan...bilik yang dah cantik...anda meriahkan...bagi naik mood tu sikit...
Anda Kebosanan???
-Lihat diri anda...adakah anda telah kemas dalam menguruskan waktu seharian??? kerja yang diberi guru/pensyarah sudah settle ke belum??? jangan tangguh-tangguh...kerana tangguh itu yang menjadikan anda bosan...
Anda Kebosanan???
-Lihat PC anda...wahhh!!! dah cukup sarat...tunggu masa untuk di format jee...delete laa apa yang tak penting dalam PC anda tu...ringankan kembali PC anda...baru laa kerja nak dibuat pun lancar...
Faham apa yang ingin Zack kongsikan??? kalau masih kurang jelas...biar Zack detail kan sikit...sebenarnya dalam hidup kita tak perlu bosan...kerana terlalu banyak kerja yang masih kita belum selesaikan...
Usahlah memandang kekayaan orang lain membuatkan anda merasa bosan kerana tak dapat apa yang mereka dapat...tapi pandanglah diri anda...anda pasti tahu apa yang perlu untuk diri anda...
Andai anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika kebosanan...Bezikir...berselawat...dan banyak mengingati Allah s.w.t...InsyaAllah akan tenang jiwa anda...
Kebosanan bukanlah berpunca dari suasana...tapi kebosanan berpunca dari kemalasan...
No comments:
Post a Comment