Teman Celoteh

Tuesday, August 16, 2011

2012




Salam suma...hi gang...kali ni Zack nak bagi info sikit tentang 2012...mungkin ramai yang dah mengetahui...tapi apa salahnya kita refresh balik untuk renungan bersama...

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.

Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat. Wallahualam...

Sunday, August 14, 2011

Seram Dalam Lift




Salam gang suma...hellooo...meow2x...nasi kerbau satu brader...hehehe...ok la...kali ni Zack bawakan sebuah celoteh seram...kisah dalam sebuah lif...cerita dari seorang member yang bekerja di KLCC...aaauuuuuoooooooo(bunyi serigala)...kalau gang suma ragu-ragu nak baca baik batalkan niat nak baca tu sebab takut teringat-ingat pulak nanti...

Last week...ada sorang mamat ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office...Dia pulang dari pejabat kira2 pukul 11 malam...dia kerja kat tingkat 8 bangunan tu dan nak turun ke groundfoor...bila dia masuk lift dia tekan G...lift tu tak turun...malahan naik dan berhenti di tingkat 35...

Bila sampai di tingkat 35...pintu lift tu pun terbuka...dan masuklah seorang gadis yang amat jelita...dia tak pernah lihat gadis sejelita itu...kulitnya putih dan rambut ikal mayang...serta berbau sangat wangi...mamat ni berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis tu berjalan terus ke belakang lift...sejurus kemudian lift itu pun turun...

Ketika lift itu sedang turun...mamat tu pun menikmatilah bau wangi gadis itu...tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu terpadam sebab black-out...dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu...ketika dia sedang meraba-raba itu...tiba-tiba dia berbau suatu
bau yang amat busuk...

Dalam kegelapan itu mamat tu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga ke seluruh bulu roma badannya berdiri...lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara berlegar diotaknya...teringat dia akan keluarganya di rumah dan sebagainya...peluh di badan pun sudah keluar dan kepala pun berpinar terasa nak pitam...bau busuk itu masih ada...dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali...

Tiba-tiba lampu menyala kembali...dan lift pun bergerak semula menuju ke groundfloor...dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh ke belakang perlahan-lahan untuk melihat samada lembaga itu masih ada atau tidak...rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak giginya yang amat cantik sambil berkata...
"I'm sorry...tadi I terkentut"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...