Teman Celoteh

Sunday, December 4, 2011

Video Cikgu Shida Digodam


Salam gang suma...
haa ni ada satu celoteh untuk gang...
Sejak beberapa bulan ni asik topik godam jee...
mgkin godam menggodam ni dah menjadi trend masa kini...
apa nk jd laa...

Zack kesian la pulak kat Ratu Miming ni...Cikgu Shida...youtubenya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...
sabor je laa Cik Shida oiii...!!!


Sumber dari myMETRO...

PARIT: “Saya tidak sangka ada pihak sanggup menggodam dan memadamkan video miming yang melonjakkan nama saya,” kata ratu ‘miming’, Roshida Abd Aziz atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Shida.

Cikgu Shida berkata, penggodam yang berjaya mengesan kata laluan miliknya memadamkan video miming lagu Kalau Berpacaran yang dimuat naik di laman Youtube sehingga mencecah sejuta pengunjung itu.

“Saya kesal dan sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana hasil kerja seni saya terpadam begitu saja.

“Namun saya tidak patah hati dengan kejadian itu yang berlaku dua bulan lalu. Peminat bagaimanapun boleh menyaksikan video itu di blog baru saya iaitu ‘Cikgu Shida Miming Art’ menggantikan ‘Cikgu Shida dari Parit’,” katanya.


Cikgu Shida yang juga guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, dekat sini, berkata melalui blog itu peminat boleh melihat 67 klip video miming nyanyian pelbagai artis popular tanah air, termasuk dari Indonesia.

berita selanjutnya...pergi beli surat khabar Metro kat kedai yee...hehehe...


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...