Teman Celoteh

Tuesday, April 24, 2012

Jadi Kaya dengan RM1.00




As’salam semua…apa khabar??? Semoga semua sihat dalam mengharungi kehidupan hari demi hari dan moga sentiasa dilindungi Allah s.w.t

Agak lama Zack tak berceloteh tentang motivasi…bukan kesibukan menjadi penghalang untuk Zack berblogging…Cuma sebab internet yang tiada di rumah…hehehe…

OK laa gang semua…dengan tajuk entry “Jadi Kaya dengan RM1.00” pasti ramai yang akan teruja dan tertanya-tanya…bukan mustahil…bukan fantasi…dan yang paling penting bukan MLM…ini adalah teknik yang mudah dan berkesan…teknik yang sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat…cheewaaahhh…!!!

  1. Mula-mula anda perlu dapatkan duit RM1.00
  2. Kemudian fikirkan cara bagaimana untuk menjadikan duit anda menjadi RM2.00…usahalah kat mana-mana…yang penting anda jangan meminjam pada sesiapa…
  3. Setelah mendapat RM2.00 anda berusaha lagi untuk jadikan duit anda RM4.00…cuba sedaya-upaya…
  4. Kini RM4.00 sudah berada di tangan…kemudian fikirkan cara bagaimana anda hendak gandakan menjadi RM8.00…dan seterusnya berusaha menjadikan RM8.00 kepada RM16.00
  5. Begitulah seterusnya…

Mungkin teknik ini ramai yang akan kata teknik ini sama dengan konsep menabung…tapi apa yang kelainan dari konsep menabung adalah:

Teknik Menabung
-Teknik Menabung akan berlaku hasil dari lebihan duit yang anda belanjakan dan sekiranya tiada duit untuk menabung kita akan biarkan sahaja…

Teknik Jadi Kaya dengan RM1.00
-Teknik Jadi Kaya dengan RM1.00 pula lebih kepada konsep matematik “kuasa 2“ , anda akan berusaha semampu yang boleh untuk menggandakan duit yang telah anda milik…

Bagi yang dah sememangnya senang untuk dapatkan RM1.00 pasti mudah untuk kumpul sampai ke tahap RM16.00 bukan??? Tapi cubalah anda tukarkan RM1.00 kepada RM100.00…tidak mustahil suatu hari nanti anda mampu memiliki apa yang anda inginkan…

Contoh:
-Anda yang ingin membeli handphone baru yang mungkin berharga RM500.00…
-Tetapkan harga di atas sebagai target…
-Gunakan konsep “Jadi Kaya dengan RM1.00” sehingga mencecah target yang anda inginkan…

Semoga berjaya semua…

*usahalah tapi jangan sampai buat benda yang tak sepatutnya yee… ^_^



7 comments:

  1. Moral of the entry..

    Nak kaya kena la usaha lebih.. Dah usaha, kena la doa lebih... :)

    Tak kan selamanya nak menadah tangan mintak kat orang...

    ReplyDelete
  2. ye ke... aku rasekan cara plg sng, seringgit tuh di dermakn kat anak yatim atau kt masjid.. walaupon sikit, korg akan lihat ksannya yg rezki korg xkn putus2... :)

    ReplyDelete
  3. betul syakir...
    derma yg ikhlas kita beri...
    Allah akan gandakan...
    ^_^

    ReplyDelete
  4. EEMMMM betul gak tu... dengan seringgit leh diganda dengan tekad menabung...

    seringgit sejuta nilai, APALAH sangat ada pada wang seringgit...Begitulah mungkin tanggapan orang.... tapi bulat tekad mesti jadi punya...

    sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    sport rim rs watanabe

    ReplyDelete
  5. jangan pula beli nombor ekor TOTO MAGNUM 4D ... RM1 buat beli nombor... tak berkat klu dapat... takkan jadi kaya....

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy service blower aircond kereta

    ReplyDelete
  6. zack...kemana ja kamu ni..bila buat entry terbaru ni??.. :) :)jom ke bnm sy..

    ReplyDelete
  7. Kadang-kadang bila RM1 dah jadi RM2 dan RM2 dah jadi RM4, tiba-tiba kena bayar RM8 pula... Ntah bila nak jadi RM16... :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...