Kali ni Zack nak berceloteh pasal perkataan yang popular sekarang...
iaitu "POYO"...
Mesti ramai yang dah tau kan poyo tu apa???
Ok la...buat yang masih tak tau poyo tu apa...
Zack cuba terangkan secara ringkas...
Zack cuba terangkan secara ringkas...
Apa itu poyo???
Berlagak+Suka menunjuk+Cakap besar+Bajet power+Hipokrit = POYO
Mungkin ramai rimas dengan orang macam ni kan???
Tapi dalam suka bercakap pada orang lain poyo...
Anda semua rasa anda poyo tak???(soalan cepu emas)
Bagi yang kata anda tak poyo cuba anda fikir sekejap...
Pernah tak anda semua buat sesuatu tapi nak menunjuk yang anda hebat...
Tapi cara anda nak tunjuk tak digambarkan pada reaksi atau perbuatan...
Cuma dalam hati anda sahaja...
Kurang faham???
Anda buat kerja tapi bila orang memuji anda anda rasa bangga sangat dan anda berkata dalam diri "baru kau tau siapa aku" dan rasa hebat...bangga diri...berlagak mula menguasai diri...
Tapi...
Apabila orang buat tak tahu atau tidak perasan...anda akan berusaha untuk bagi orang nampak yang anda buat sesuatu tu...untuk mendapat pujian...tapi dari segi percakapan anda cuma nampak rendah diri...
Merendah diri itu sangat bagus...tapi biarlah ikhlas yee...
Masih banyak situasi yang gang semua boleh kaitkan selain dari situasi di atas...
Sekiranya anda semua terasa ada sikap seperti ini...
Sebenarnya...anda tergolong dalam sikap "Double Poyo"
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong.”
Firman Allah di dalam surah al-ghafir, ayat 60:
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina.” Oleh yang demikian, marilah kita cuba melawan sifat sombong ini dengan bersifat tawadhuk atau merendah diri. Sekiranya kita telah berjaya mengikis sifat sombong maka akan lahirlah sifat tawadhuk dalam diri kita, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.
Semoga kita semua terhindar dari sikap yang boleh memudaratkan diri kita...
Sekadar renungan buat kita bersama...
^_^
poyo = Proud Of YOurself
ReplyDeletekeh3x...btul2...
Delete