Teman Celoteh

Tuesday, September 18, 2012

Boikot Negara Pengeluar Filem Hina Rasul Kita



As'salam semua...entri kali ni Zack nak celoteh pasal boikot...ayuh laa kita Boikot Negara Pengeluar Filem Hina Rasul Kita...apakah kita hanya akan mendiamkan diri apabila Rasul kita dijadikan sebagai bahan lawak???


Boikot habis-habisan supaya menjadi pengajaran buat mereka yang masih cuba mempermainkan Islam...




Sebagai seorang muslim mari lah kita ramai-ramai sebarkan entry ini :-


Film 786(innocence of muslim) adalah sebuah film yg dibuat di Holland tentang lawak mengenai Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. 60 juta masyarakat muslim dpt menghancurkan ekonomi Holland dengan waktu kurang dari 5 minit dgn cara mengirimkan pesan ini, Mudah2han kita dapat menjawab pertanyaan dari Allah SWT kepada kita, ketika Allah SWT menanyakan kepada kita nanti mengenai apa tindakan yang kita lakukan ketika Rasul yang dicintai Nya dijadikan bahan lawak? Denmark telah mengalami kerugian...

tolong jangan biarkan pesan ini berhenti di Wall anda. Seperti yg anda ketahui, semua surat kabar Denmark memuat lawak tentang Nabi Muhammad SAW dan sampai sekarang mereka juga tidak menyesal. Jom kita buat mereka menyesal dengan perbuatan mereka...






The Danish Ambassador, Perdana Menteri dan Denmark Nasional Channel sekarang sdg berusaha melakukan sesuatu utk menghentikan boikot yg dlakukan oleh umat muslim sejak 1 bulan lepas, dimana atas pemboikotan tersebut mereka mengalami kerugian sekitar £ 4 Miliar. 
ika kita terus melakukan boikot terhadap produk2 Denmark dalam 7 bulan atau lebih akan mengakibatkan mereka dpt kehilangan £ 80 milyar. Percayalah, jangan stop untuk meneruskan pesan ini sebanyak mungkin kpd saudara-saudara muslim.., yakinlah anda dapat melakukannya dlm waktu 15 minit utk menyebarkan kpd saudara2 muslim lainnya....

SECEPATNYA? INGAT RASULULLAH MUNGKIN AKAN MENANYAKAN KEPADA KAMU (MEMINTA JAWAPAN) DIHARI PEMBALASAN NANTI, APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN KETIKA MEREKA MENJADIKANKU SEBAGAI BAHAN LAWAK? Adakah kita akan terus diam apabila Rasul tercinta yang akan memberi syafaat pada kita dipadang mahsyar nnti terus dihina? ALLAHUAKHBAR

p/s : JOM SEMUA BLOGGER BUAT ENTRY INI

Terima Kasih kepada Brader Phat kerana mengingatkan Zack tentang ini...


Sunday, September 16, 2012

Keluarlah Dari Kepompong




As'salam semua...apa cerita??? Semoga semua sihat...ok laa gang semua...Zack nak celoteh sikit...

Apakah anda merasa :

-sunyi
-tiada teman
-bosan
-tension
-bengang
-terlalu terkongkong
-meluat

Adakah anda juga cemburu melihat teman-teman anda upload gambar di ruang cyber...sedangkan anda hanya mampu melihat dan memberi komen...yesss!!!

Ramai yang sebegini...termasuk anda...anda memang cemburu...bengang...sunyi...dan segala yang ada di fikiran anda adalah disebabkan sikap anda sendiri...

Peningkah anda kerana melihat teman-teman ada ramai member dan keluar ke merata tempat...

sedangkan...

Anda hanya merasa rendah diri...dan tiada keyakinan...

-Belajar pun tak pandai
-Harta pun tak ada
-Orang lain semua dah berjaya

Fikiran anda semakin kusut dari hari ke hari bukan???

Sudah laa keyakinan tiada...cemburu pula melanda...tambahan pula harta sekadar biasa-biasa...

Dengan itu...

Apa tunggu lagi...keluar segera dari kepompong anda...



Anda kini dilanda sakit cyber...24 jam bersama FB...Blogspot semakin menjadi...Tweet pula tak henti-henti...

Capai laa kunci motor atau kereta anda...kalau tak ada basikal pun boleh juga...

Lihatlah dunia sekeliling anda...anda masih ada peluang...jangan sia-siakan hidup di dunia...

Tenangkan hati...lapangkan jiwa dan juga minda...anda boleh berjaya...

Mereka yang anda lihat berjaya di alam cyber bukanlah kerana hanya duduk di depan PC sentiasa...
Ini kerana mereka tahu seimbangkan kehidupan luar dan juga alam cyber...

Keluarlah dari kepompong anda kerana dunia di luar sana lebih luas...

Teruskan segala yang anda gagal...capai segala impian anda yang masih kabur...banyakkan berdoa...

InsyaAllah anda akan berjaya...usah takut dan gentar di luar sana kerana Allah masih bersama...

Ayuh...Keluarlah Dari Kepompong...dunia di luar sana sedang menanti anda...




Sunday, September 2, 2012

Memburu Impian yang Salah




As'salam semua...kita tak pernah gagal...kegagalan mungkin satu pengajaran...tapi sedarkah anda??? Kita selama ini tak pernah gagal...kita cuma memburu impian yang salah...

Impian yang salah merupakan satu titik yang menjadikan kita semakin tidak terus mara ke hadapan...Apakah itu impian yang salah???


  • impian dengan niat yang tidak betul
  • impian yang tidak sepadan dengan diri
  • impian yang terlalu tinggi
  • impian sekadar hanya untuk diri sendiri
  • impian yang negatif


Inilah dia impian yang salah...kadang-kadang kita mengatakan kita inginkan sesuatu untuk kemudahan kita...tapi target kita mencapai impian itu hanyalah untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain...

Contoh Pertama : Anda berniaga untuk mencapai kejayaan dan mengharapkan duit yang banyak tapi niat hati anda yang pertama sekadar untuk mendapatkan perhatian orang lain...

Contoh Kedua   : Anda cuma bekerja biasa-biasa tapi anda ingin membeli sebuah kereta mewah dalam masa terdekat...

Tidak salah mempunyai impian tapi perlu tahu...adakah itu sebenarnya impian anda???
Andai kata anda berjaya suatu hari nanti dengan impian yang salah...percayalah anda hanya akan merasa beban dengan impian tersebut...

Betulkan niat...Kaji Impian...Memburu Impian...






Wednesday, August 15, 2012

Android PES 2012



As'salam semua...lama sangat dah Zack tak berblogging...ok laa...mungkin ramai yang dah ada game PES 2012 untuk Android ni...tapi bagi yang belum ada...anda boleh download kat link bawah ni...



Download : Android PES 2012

Password : celotehzack.blogspot



Cara Install Android PES 2012


1) Download Android PES 2012

2) Install file .apk 

3) Copy data File com.konami.pes2012 ke SD card/Android/data

4) Mulakan permainan dan tunggu sehingga Update selesai

5) Main laa game tu...!!!


Monday, May 28, 2012

Aku Dah Bosan

As'salam semua...lama betul Zack tak berblogging...jom layan lagu ni jap...tengah tau nak tulis apa ni...yeehaarghhhh...!!!!




Tuesday, April 24, 2012

Jadi Kaya dengan RM1.00




As’salam semua…apa khabar??? Semoga semua sihat dalam mengharungi kehidupan hari demi hari dan moga sentiasa dilindungi Allah s.w.t

Agak lama Zack tak berceloteh tentang motivasi…bukan kesibukan menjadi penghalang untuk Zack berblogging…Cuma sebab internet yang tiada di rumah…hehehe…

OK laa gang semua…dengan tajuk entry “Jadi Kaya dengan RM1.00” pasti ramai yang akan teruja dan tertanya-tanya…bukan mustahil…bukan fantasi…dan yang paling penting bukan MLM…ini adalah teknik yang mudah dan berkesan…teknik yang sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat…cheewaaahhh…!!!

  1. Mula-mula anda perlu dapatkan duit RM1.00
  2. Kemudian fikirkan cara bagaimana untuk menjadikan duit anda menjadi RM2.00…usahalah kat mana-mana…yang penting anda jangan meminjam pada sesiapa…
  3. Setelah mendapat RM2.00 anda berusaha lagi untuk jadikan duit anda RM4.00…cuba sedaya-upaya…
  4. Kini RM4.00 sudah berada di tangan…kemudian fikirkan cara bagaimana anda hendak gandakan menjadi RM8.00…dan seterusnya berusaha menjadikan RM8.00 kepada RM16.00
  5. Begitulah seterusnya…

Mungkin teknik ini ramai yang akan kata teknik ini sama dengan konsep menabung…tapi apa yang kelainan dari konsep menabung adalah:

Teknik Menabung
-Teknik Menabung akan berlaku hasil dari lebihan duit yang anda belanjakan dan sekiranya tiada duit untuk menabung kita akan biarkan sahaja…

Teknik Jadi Kaya dengan RM1.00
-Teknik Jadi Kaya dengan RM1.00 pula lebih kepada konsep matematik “kuasa 2“ , anda akan berusaha semampu yang boleh untuk menggandakan duit yang telah anda milik…

Bagi yang dah sememangnya senang untuk dapatkan RM1.00 pasti mudah untuk kumpul sampai ke tahap RM16.00 bukan??? Tapi cubalah anda tukarkan RM1.00 kepada RM100.00…tidak mustahil suatu hari nanti anda mampu memiliki apa yang anda inginkan…

Contoh:
-Anda yang ingin membeli handphone baru yang mungkin berharga RM500.00…
-Tetapkan harga di atas sebagai target…
-Gunakan konsep “Jadi Kaya dengan RM1.00” sehingga mencecah target yang anda inginkan…

Semoga berjaya semua…

*usahalah tapi jangan sampai buat benda yang tak sepatutnya yee… ^_^



Sunday, April 22, 2012

3 Koleksi Video Lawak

As'salam semua...jom layan beberapa video lawak yang pernah popular suatu masa dulu...memang gelak kalau tengok video ni berkali-kali pun...hehehe...


Akad nikah sempoi...
"nyewa kabot...!!! nyewa kabot....!!!"

 


Wayang kulit etong...
"haram tak jalannnn...."




Lagu berus gigi...
"gigi yang busyukkk...!!!"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...