Teman Celoteh

Sunday, September 16, 2012

Keluarlah Dari Kepompong




As'salam semua...apa cerita??? Semoga semua sihat...ok laa gang semua...Zack nak celoteh sikit...

Apakah anda merasa :

-sunyi
-tiada teman
-bosan
-tension
-bengang
-terlalu terkongkong
-meluat

Adakah anda juga cemburu melihat teman-teman anda upload gambar di ruang cyber...sedangkan anda hanya mampu melihat dan memberi komen...yesss!!!

Ramai yang sebegini...termasuk anda...anda memang cemburu...bengang...sunyi...dan segala yang ada di fikiran anda adalah disebabkan sikap anda sendiri...

Peningkah anda kerana melihat teman-teman ada ramai member dan keluar ke merata tempat...

sedangkan...

Anda hanya merasa rendah diri...dan tiada keyakinan...

-Belajar pun tak pandai
-Harta pun tak ada
-Orang lain semua dah berjaya

Fikiran anda semakin kusut dari hari ke hari bukan???

Sudah laa keyakinan tiada...cemburu pula melanda...tambahan pula harta sekadar biasa-biasa...

Dengan itu...

Apa tunggu lagi...keluar segera dari kepompong anda...



Anda kini dilanda sakit cyber...24 jam bersama FB...Blogspot semakin menjadi...Tweet pula tak henti-henti...

Capai laa kunci motor atau kereta anda...kalau tak ada basikal pun boleh juga...

Lihatlah dunia sekeliling anda...anda masih ada peluang...jangan sia-siakan hidup di dunia...

Tenangkan hati...lapangkan jiwa dan juga minda...anda boleh berjaya...

Mereka yang anda lihat berjaya di alam cyber bukanlah kerana hanya duduk di depan PC sentiasa...
Ini kerana mereka tahu seimbangkan kehidupan luar dan juga alam cyber...

Keluarlah dari kepompong anda kerana dunia di luar sana lebih luas...

Teruskan segala yang anda gagal...capai segala impian anda yang masih kabur...banyakkan berdoa...

InsyaAllah anda akan berjaya...usah takut dan gentar di luar sana kerana Allah masih bersama...

Ayuh...Keluarlah Dari Kepompong...dunia di luar sana sedang menanti anda...




4 comments:

  1. Your choices design your life. You have a choice each and every single day. Choose to appreciate what you have. Choose to make to make time for yourself. Choose to do something that makes you smile. Choose to be excited. Choose to laugh at your own silliness. Choose to spend time with positive people. Choose to be persistent with your goals. Choose to try again and again.

    ReplyDelete
  2. Betul x3, real life is far more precious than in front of this screen, hoyeah

    ReplyDelete
  3. keluarlah daripada kepompong dan celiklah mata itu melihat dunia dengan penuh rasa bersyukur.. even tak pandai, even tak berharta tetapi bersyukurlah dengan nikmat yang Allah swt berikan kepada kita ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...