Teman Celoteh

Wednesday, December 7, 2011

Game Angry Animal

Salam semua...thanks sebab sudi melawat blog Zack...ni ada satu game menarik untuk gang semua...game ni lebih kurang macam angry bird laa...tapi watak dalam game ni telah ditukarkan...nak tahu macam mana game ni...gang semua boleh download kat sini...


Bagi sesiapa yang nak main secara online...gang boleh klik link di bawah ni...


Semoga gang semua terhibur okey... ^_^

Minyak Wangi Baba




Salam gang semua...hye...jom layan celoteh kali ni...

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej...Dia menanyakan tentang produk yang dipakai oleh pelajar tersebut...

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini???"

pelajar itu dengan selamba menjawab..."Sabun Baba..."

"Kalau deodorant...deodorant mana yang anda gunakan???"

"Deodorant Baba..." jawab pelajar itu...

"Minyak wangi???"

"Minyak wangi Baba..."

"Shampoo???"

"Shampoo baba..."

Akhirnya dengan kecewa...si salesman bertanya lagi...

"Oh...apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara???
kerana saya belum pernah dengar...Siapa tahu anda selama ini memakai
produk yang tidak sihat..."

Pelajar itu menjawab...

"Bukan jenama tempatan atau luar negara...Baba itu rakan sebilik saya..."

Monday, December 5, 2011

Si Cilik Bersuara Mantop!!!

Salam semua gang...thanks sebab sudi melawat blog ni...walaupun agak suram...tapi Zack harap akan dapat buat entri-entri lebih menarik untuk gang semua...okey laa gang...jom tengok dan dengarkan suara si cilik ni...memang merdu...berbakat besar adik ni...pasti ramai yang cemburukan??? (termasuk Zack sekali)...
hehehe...

Sunday, December 4, 2011

Video Cikgu Shida Digodam


Salam gang suma...
haa ni ada satu celoteh untuk gang...
Sejak beberapa bulan ni asik topik godam jee...
mgkin godam menggodam ni dah menjadi trend masa kini...
apa nk jd laa...

Zack kesian la pulak kat Ratu Miming ni...Cikgu Shida...youtubenya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...
sabor je laa Cik Shida oiii...!!!


Sumber dari myMETRO...

PARIT: “Saya tidak sangka ada pihak sanggup menggodam dan memadamkan video miming yang melonjakkan nama saya,” kata ratu ‘miming’, Roshida Abd Aziz atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Shida.

Cikgu Shida berkata, penggodam yang berjaya mengesan kata laluan miliknya memadamkan video miming lagu Kalau Berpacaran yang dimuat naik di laman Youtube sehingga mencecah sejuta pengunjung itu.

“Saya kesal dan sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana hasil kerja seni saya terpadam begitu saja.

“Namun saya tidak patah hati dengan kejadian itu yang berlaku dua bulan lalu. Peminat bagaimanapun boleh menyaksikan video itu di blog baru saya iaitu ‘Cikgu Shida Miming Art’ menggantikan ‘Cikgu Shida dari Parit’,” katanya.


Cikgu Shida yang juga guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, dekat sini, berkata melalui blog itu peminat boleh melihat 67 klip video miming nyanyian pelbagai artis popular tanah air, termasuk dari Indonesia.

berita selanjutnya...pergi beli surat khabar Metro kat kedai yee...hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...