Teman Celoteh

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Kenapa Ibu Bapa Marah Kita???




As'salam semua...lama tak berblogging ni...ok lah...kali ni zack nak cakap sikit tentang "Kenapa Ibu Bapa Marah Kita"...

Salah satu sebab yang paling zack nak kupaskan ialah...sebab kita ni suka melawan cakap...mana tak marah kan kalau anak yang dari kecil dijaga,ditimang,ditatang bagai minyak yang penuh masa kecil...bila dah besar melawan cakap...

Sebagai anak sepatutnya kita hormat pada ibu bapa kita...masih nak menyangkalkan kata ibu bapa yang tak sebenarnya tak memahami anak-anak???

Ok...meh kita fikirkan sebentar...

Anda ada anak saudara yang masih kecil???
Ada sayang dia???
Selalu jaga dia...makan minum semua anda yang uruskan???

Atau...

Anda ada adik kesayangan???

Ok...cuba fikir balik...
Bagaimana kalau anak saudara atau adik anda yang sayang sejak dari kecil...
Tiba-tiba anda suruh buat sesuatu perkara...dia menengking anda semula...
Padahal dia masih kecil dan tidak dapa berfikir lagi...
Apa yang ada rasa???

Dan bayangkanlah anda sebagai seorang anak yang dah besar dan boleh berfikir...ibu bapa anda suruh melakukan sesuatu tiba-tiba anda marah...dan anda menghempas sesuatu...atau melawan...dan lebih teruk lagi anda  memarahi ibu bapa dengan kata-kata yang kurang enak...

Bayangkanlah perasaan mereka...ibu yang melahirkan kita...bapa yang memberikan segalanya...
bagaimana rasa hati mereka apabila anak kesayangan melawan kata...

Pasti mereka terluka dan memarahi kita kerana sikap kita yang tidak mengetahui betapa mereka menyayangi
kita...

Jadi kalau ibu bapa suruh buat sesuatu yang baik selagi tidak menyalahi hukum dalam Islam...laksanakanlah...

Andai ada rasa keberatan...usah menunjukkan rasa kurang selesa...sebaliknya terangkan secara baik...
Ibu bapa pasti dapat menerima...kerana mereka sayangkan kita...



*SENYUMLAH KEPADA SEMUA...BERBAKTILAH KEPADA IBU BAPA...

Wednesday, October 10, 2012

Andainya Dirimu Kebosanan

As'salam semua...terima kasih kepada yang sudi bertandang ke blog Zack tambahan pula yang jadi follower...maaf sebab Zack tak follow balik...tapi nanti kejap lagi Zack akan follow balik semua yang dah follow Zack tu yee...berapa banyak perkataan 'follow' daa...hehehe...




Ok laa geng semua...celoteh diberi tajuk 'Andai Dirimua Kebosanan' kerana ramai yang bila Zack tanya apa-apa...mereka akan kata..."boring"..."bosan"..."tak tau nak buat apa"...itulah yang sering kita dengar...


Anda Kebosanan???
-Lihatlah persekitaran anda...anda ada dimana??? dibilik??? Kemas laa bilik anda supaya lebih kemas...bilik yang dah kemas...anda cantikkan...bilik yang dah cantik...anda meriahkan...bagi naik mood tu sikit...

Anda Kebosanan???
-Lihat diri anda...adakah anda telah kemas dalam menguruskan waktu seharian??? kerja yang diberi guru/pensyarah sudah settle ke belum??? jangan tangguh-tangguh...kerana tangguh itu yang menjadikan anda bosan...

Anda Kebosanan???
-Lihat PC anda...wahhh!!! dah cukup sarat...tunggu masa untuk di format jee...delete laa apa yang tak penting dalam PC anda tu...ringankan kembali PC anda...baru laa kerja nak dibuat pun lancar...



Faham apa yang ingin Zack kongsikan??? kalau masih kurang jelas...biar Zack detail kan sikit...sebenarnya dalam hidup kita tak perlu bosan...kerana terlalu banyak kerja yang masih kita belum selesaikan...

Usahlah memandang kekayaan orang lain membuatkan anda merasa bosan kerana tak dapat apa yang mereka dapat...tapi pandanglah diri anda...anda pasti tahu apa yang perlu untuk diri anda...

Andai anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika kebosanan...Bezikir...berselawat...dan banyak mengingati Allah s.w.t...InsyaAllah akan tenang jiwa anda...

Kebosanan bukanlah berpunca dari suasana...tapi kebosanan berpunca dari kemalasan...




Sunday, September 16, 2012

Keluarlah Dari Kepompong




As'salam semua...apa cerita??? Semoga semua sihat...ok laa gang semua...Zack nak celoteh sikit...

Apakah anda merasa :

-sunyi
-tiada teman
-bosan
-tension
-bengang
-terlalu terkongkong
-meluat

Adakah anda juga cemburu melihat teman-teman anda upload gambar di ruang cyber...sedangkan anda hanya mampu melihat dan memberi komen...yesss!!!

Ramai yang sebegini...termasuk anda...anda memang cemburu...bengang...sunyi...dan segala yang ada di fikiran anda adalah disebabkan sikap anda sendiri...

Peningkah anda kerana melihat teman-teman ada ramai member dan keluar ke merata tempat...

sedangkan...

Anda hanya merasa rendah diri...dan tiada keyakinan...

-Belajar pun tak pandai
-Harta pun tak ada
-Orang lain semua dah berjaya

Fikiran anda semakin kusut dari hari ke hari bukan???

Sudah laa keyakinan tiada...cemburu pula melanda...tambahan pula harta sekadar biasa-biasa...

Dengan itu...

Apa tunggu lagi...keluar segera dari kepompong anda...



Anda kini dilanda sakit cyber...24 jam bersama FB...Blogspot semakin menjadi...Tweet pula tak henti-henti...

Capai laa kunci motor atau kereta anda...kalau tak ada basikal pun boleh juga...

Lihatlah dunia sekeliling anda...anda masih ada peluang...jangan sia-siakan hidup di dunia...

Tenangkan hati...lapangkan jiwa dan juga minda...anda boleh berjaya...

Mereka yang anda lihat berjaya di alam cyber bukanlah kerana hanya duduk di depan PC sentiasa...
Ini kerana mereka tahu seimbangkan kehidupan luar dan juga alam cyber...

Keluarlah dari kepompong anda kerana dunia di luar sana lebih luas...

Teruskan segala yang anda gagal...capai segala impian anda yang masih kabur...banyakkan berdoa...

InsyaAllah anda akan berjaya...usah takut dan gentar di luar sana kerana Allah masih bersama...

Ayuh...Keluarlah Dari Kepompong...dunia di luar sana sedang menanti anda...




Sunday, September 2, 2012

Memburu Impian yang Salah




As'salam semua...kita tak pernah gagal...kegagalan mungkin satu pengajaran...tapi sedarkah anda??? Kita selama ini tak pernah gagal...kita cuma memburu impian yang salah...

Impian yang salah merupakan satu titik yang menjadikan kita semakin tidak terus mara ke hadapan...Apakah itu impian yang salah???


  • impian dengan niat yang tidak betul
  • impian yang tidak sepadan dengan diri
  • impian yang terlalu tinggi
  • impian sekadar hanya untuk diri sendiri
  • impian yang negatif


Inilah dia impian yang salah...kadang-kadang kita mengatakan kita inginkan sesuatu untuk kemudahan kita...tapi target kita mencapai impian itu hanyalah untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain...

Contoh Pertama : Anda berniaga untuk mencapai kejayaan dan mengharapkan duit yang banyak tapi niat hati anda yang pertama sekadar untuk mendapatkan perhatian orang lain...

Contoh Kedua   : Anda cuma bekerja biasa-biasa tapi anda ingin membeli sebuah kereta mewah dalam masa terdekat...

Tidak salah mempunyai impian tapi perlu tahu...adakah itu sebenarnya impian anda???
Andai kata anda berjaya suatu hari nanti dengan impian yang salah...percayalah anda hanya akan merasa beban dengan impian tersebut...

Betulkan niat...Kaji Impian...Memburu Impian...






Tuesday, March 13, 2012

Cara Kita Menjawab Panggilan Mak Ayah Kurang Ajar???

Salam buat semua…apa khabar??? Mungkin ada skit perubahan pada blog Zack…tapi tak pa…sebab still macam dulu lagi…Zack Cuma ada tambah label bagi memudahkan carian dalam blog Zack ni…dan Zack buat satu lagi page khas buat anda semua untuk menonton cartoon secara online…

Ok laa gang semua…apa pun hari ni Zack celoteh sikit pasal…cara kita menjawab bila mak ayah kita panggil dan awek kita panggil…Zack ada terbaca dalam FB membandingkan cara panggilan mak ayah dan awek…lebih kurang macam ni laa…bila awek panggil selalunya orang akan jawab…

“ye sayangku”

tapi bila mak ayah panggil orang selalunya akan jawab…

“apa mak???” , “awatnya pak???”(orang utara) , “gapo mak???”(orang klate) , “yo mak” , “yap pak!” , “yes mak” dan yang sewaktu dengannya…



Lebih kurang macam tu laa…kononnya maksud cara jawab dengan awek boleh manja…tapi bila mak ayah panggil kononnya cara jawab macam kurang ajar…

Tapi…tapi...dan tapi...

Rasanya cara jawab mana yang lebih ikhlas dan menunjukkan kita betul-betul kenal dan faham orang yang panggil kita tu??? Kalau cara jawab panggilan awek macam poyo jee ye tak??? “Ye sayang” arghhh…!!! hentikan kepoyoan ini…memang tak ikhlas cara jawab tu...macam nak tunjukkan keperihatinan pada si dia…

Cara jawab kita pada mak tu pulak mungkin nampak kasar kalau kita cuma hanya baca dalam bentuk tulisan…tapi cuba kita dengar secara live nada cara kita jawab…tak kasar laa…tak caya??? Gang semua pernah tak jawab panggilan mak ayah macam tu tak??? Rasa kurang ajar tak??? Mak ayah kecil hati tak??? Jawapannya…anda sendiri jawab…

Jadi apa yang Zack nak bagi tau kat gang semua…ini menunjukkan betapa akrabnya hubungan antara si anak dan mak ayahnya…dan betapa kepuraan-puraan hubungan si pakwe kepada si makwe…

Kalau tak percaya lagi…gang semua try jawab panggilan mak ayah macam jawab panggilan awek tu…

“ye mak ku” , “ye pak kesayanganku” , “ye mama comel”…mau terkejut terlompat mak ayah…fikir anak dia dah tak betul…silap-silap kena lempang sebab ingat anak dia dah bengong…

Jadi pada apa yang Zack celoteh ni bukanlah nak suruh jadi kurang ajar pada mak ayah…Cuma kita sebagai perlu jadikan hubungan dengan mak ayah sebagai hubungan yang sempoi…ingat yee bukan hubungan kurang ajar…hubungan sempoi…dengan cara itu kita akan lebih dekat dan rapat dengan mak ayah kita…



Tapi bila mak ayah panggil…jangan laa pulak jawab macam ni…

“hoi awat pak???” , “ada apa orang tua gila???” , “kau nak ape???” , “cis!!! apa mak???” , “pak awat jerit dah buang tebiat???” jawab macam ni bukan setakat kurang ajar tapi dah jadi anak derhaka ni…kena mak ayah kepala angin…memang kena smack down laa…huhuu…

Jadi gang semua…anda tentu tahu cara mana yang sesuai untuk jawab panggilan mak ayah…yang penting jangan kurang ajar atau derhaka…

Salam sayang dari Zack…Zack akhiri dengan sebuah puisi …

Oh semua gang…

Memang benar….erk!!

Lain kali laa Zack tulis puisi… :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...