

Bibir…
guna gincu daripada warna lembut macam merah jambu ke…pic ke…atau warna-warna yang nampak natural…dan kalau nak tampil lebih segar…gang boleh guna gincu warna merah jambu glossy…AMARAN:hindari warna merah terang…kecuali laa kalau ada apa-apa acara pada waktu petang atau malam hari…
Pipi…
kat pipi pulak...gang boleh guna pemerah pipi berwarna gangsa atau merah bata…Sapu sikit-sikit sudah…bagi tipis jee…nanti muka nampak lebih segar dan berseri gitu...
Mata…
dari kerana mata…oh! Yang mempunyai kuasa…oh! Aku tergoda…haa nampak lirik tu…mata bahagian penting…hindari warna-warna kuning atau warna-warna terang yang lain…sesuaikan pembayang mata dengan warna pakaian…AMARAN:hindari jenis make up SMOKEY EYES dan GOTHIC…
Kulit wajah…
kat kulit pulak gang elakkan dari memakai bedak asas yang tebal sampai dua…tiga inci…nanti nampak macam pakai topeng…pakai biasa-biasa jee pun dah lawa…sebab gang semua nak pergi pejabat jee pun bukannya nak pegi jadi model sesi fotografi…
Peringatan Tegas : Zack bukan lelaki lembut atau ponang…
Salam semua…baiklah gang semua…kali ni Zack nak celoteh sikit pasal “Kalaulah Aku Kaya” macam mana tu yee??? Adakah kita sedar benda ni selalu kita cakap pada orang???
Contohnya… “kalaulah aku kaya aku tak mau jadi berlagak dan sombong” betul ke tak nak berlagak???
Cuba fikir balik…anda cerita kat orang kalau anda jadi kaya tak nak berlagak dan tak menunjuk…
Lagi anda cerita kat kawan-kawan… “aku kalau kaya nanti tak mau derma masuk TV pastu tayang cek besar-besar bagi nampak...aku nak derma senyap-senyap jee”
Lagi cerita anda… “kalau aku kaya nanti tak nak bagi tau yang aku ni banyak duit tapi biar orang tau sendiri”
Anda cerita kat orang lagi…bila dah kaya nak jadi orang tak suka publisiti murahan sebab banyak duit...
Sedar tak anda yang anda cerita kat orang tu sebenarnya dah menjadikan anda seorang apa yang anda tak nak jadi…kalau anda belum kaya pun dah cerita macam ni…bagaimana pula nanti kalau anda dah kaya???
Jom kita fikir-fikirkan bersama…