As'salam semua...lama tak berblogging ni...ok lah...kali ni zack nak cakap sikit tentang "Kenapa Ibu Bapa Marah Kita"...
Salah satu sebab yang paling zack nak kupaskan ialah...sebab kita ni suka melawan cakap...mana tak marah kan kalau anak yang dari kecil dijaga,ditimang,ditatang bagai minyak yang penuh masa kecil...bila dah besar melawan cakap...
Sebagai anak sepatutnya kita hormat pada ibu bapa kita...masih nak menyangkalkan kata ibu bapa yang tak sebenarnya tak memahami anak-anak???
Ok...meh kita fikirkan sebentar...
Anda ada anak saudara yang masih kecil???
Ada sayang dia???
Selalu jaga dia...makan minum semua anda yang uruskan???
Atau...
Anda ada adik kesayangan???
Ok...cuba fikir balik...
Bagaimana kalau anak saudara atau adik anda yang sayang sejak dari kecil...
Tiba-tiba anda suruh buat sesuatu perkara...dia menengking anda semula...
Padahal dia masih kecil dan tidak dapa berfikir lagi...
Apa yang ada rasa???
Dan bayangkanlah anda sebagai seorang anak yang dah besar dan boleh berfikir...ibu bapa anda suruh melakukan sesuatu tiba-tiba anda marah...dan anda menghempas sesuatu...atau melawan...dan lebih teruk lagi anda memarahi ibu bapa dengan kata-kata yang kurang enak...
Bayangkanlah perasaan mereka...ibu yang melahirkan kita...bapa yang memberikan segalanya...
bagaimana rasa hati mereka apabila anak kesayangan melawan kata...
Pasti mereka terluka dan memarahi kita kerana sikap kita yang tidak mengetahui betapa mereka menyayangi
kita...
Jadi kalau ibu bapa suruh buat sesuatu yang baik selagi tidak menyalahi hukum dalam Islam...laksanakanlah...
Andai ada rasa keberatan...usah menunjukkan rasa kurang selesa...sebaliknya terangkan secara baik...
Ibu bapa pasti dapat menerima...kerana mereka sayangkan kita...
*SENYUMLAH KEPADA SEMUA...BERBAKTILAH KEPADA IBU BAPA...